Amfibia - Kamus Evolusi

Kamus Evolusi

Bongkar Rahsia Evolusi

test banner

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Khamis, 11 Oktober 2012

Amfibia

Katak, kodok, salamander dan caecilian adalah spesis amfibia, vertebrata tanpa sisik yang mampu hidup di darat dan di dalam air. Terdapat kira-kira 4,000 spesis yang berbeza.

Memandangkan haiwan amfibia mampu hidup di atas tanah serta di dalam air, golongan evolusionis telah mendakwa bahawa mereka adalah "bentuk peralihan" dalam pergerakan hidupan vertebrata dari air ke darat.

Berdasarkan senario evolusionis, ikan mula berubah menjadi amfibia, yang kemudiannya berkembang menjadi reptilia. Tetapi tiada bukti untuk perkara tersebut. Tidak pernah ada walau satupun fosil yang ditemui membuktikan kewujudan haiwan separa ikan atau separa amfibia.

Dalam bukunya yang bertajuk Vertebrate Paleontology and Evolution, penulis evolusionis yang bernama Robert L. Carroll mengatakan bahawa pada hakikatnya, kita tidak mempunyai sebarang fosil bentuk peralihan antara amfibia awal dan ikan rhipidistian.1
Ahli paleontologi evolusionis seperti Colbert dan Morales melontarkan kenyataan berikut tentang tiga kelas amfibia – katak, salamander dan caecilian:
There is no evidence of any Paleozoic amphibians combining the characteristics that would be expected in a single common ancestor. The oldest known frogs, salamanders, and caecilians are very similar to their living descendants.2

Tidak ada bukti bahawa amfibia Paleozoic memiliki gabungan sifat yang dijangka daripada moyang yang sama. Katak, salamander dan caecilian yang tertua sangat mirip dengan keturunannya yang masih wujud.2
Sehingga kira-kira 60 tahun yang lalu, fosil ikan pupus yang dipanggil Coelacanth dianggarkan berusia 410 juta tahun, telah dicanangkan dalam sumber evolusionis sebagai bentuk peralihan antara ikan dan amfibia. Namun, penemuannya di Lautan India yang masih hidup dan anatominya tidak berubah telah membatalkan dakwaan evolusionis. (Lihat Coelacanth).

Dalam senario evolusionis, peringkat kedua adalah evolusi amfibia kepada reptilia dan pergerakan mereka dari air ke tanah. Tetapi tidak ada penemuan fosil yang kukuh untuk menyokong tuntutan ini. Sebaliknya, masih terdapat perbezaan fisiologi dan anatomi yang amat besar antara amfibia dan reptilia.

Misalannya, bandingkan struktur telur daripada dua spesis berbeza. Amfibia bertelur di dalam air. Telur mereka mempunyai membran yang sangat telap dan telus, serta kelikatan seakan gelatin yang membenarkan mereka untuk berkembang di dalam air. Tetapi memandangkan reptilia bertelur di tanah, ianya direka untuk iklim yang kering. Telur reptilia bersifat amniotik dan mempunyai kulit anjal yang menerima udara dan mengeluarkan air. Oleh sebab itu, cecair yang diperlukan oleh si anak disimpan sehinggalah ia menetas.
Perbezaan antara telur reptilia dan amfibia.
Satu daripada ketidakselarasan yang ada pada senario evolusi amfibia-reptilia terletak dalam struktur telur mereka. Telur amfibia berkembang di dalam air, mempunyai struktur seakan jeli dan dilitupi selaput berongga. Telur reptilia pula sebaliknya memiliki struktur keras yang tidak telap kepada air, tetapi sesuai dengan keadaan di darat – sebagaimana yang dapat anda lihat pada gambar binaan semula telur dinasour di sebelah kanan. Untuk amfibia berubah menjadi reptilia, telurnya perlu menjadi telur reptilia sepenuhnya. Namun, kesilapan paling kecil sekalipun dalam peralihan sedemikian akan mengakibatkan kepupusan spesis tersebut.

Seandainya telur amfibia diletakkan di atas tanah, ia akan mengering selepas beberapa ketika dan embrio di dalamnya akan mati. Ini menimbulkan satu masalah bagi mana-mana penjelasan evolusionis tentang peringkat perkembangan amfibia menjadi reptilia. Untuk amfibia terawal hidup sepenuhnya di darat, telurnya terpaksa berubah menjadi telur amniotik dalam satu generasi. Mekanisme pilihan semulajadi dan mutasi yang dinyatakan evolusionis tidak mampu menjelaskan perubahan mendadak ini.

Sekali lagi, rekod fosil mengakibatkan asal-usul reptilia terbungkam tanpa adanya penjelasan evolusionis. Ahli paleontologi evolusionis terkemuka iaitu Robert L. Carroll mengakui hal ini dalam artikelnya yang bertajuk “Problems of the Origin of Reptiles”:
Unfortunately not a single specimen of an appropriate reptilian ancestor is known prior to the appearance of true reptiles. The absence of such ancestral forms leaves many problems of the amphibian-reptilian transition unanswered.3

Malangnya tiada spesimen tunggal moyang reptilia dapat ditemui sebelum kemunculan reptilia sebenar. Ketiadaan bentuk moyang sebegitu meninggalkan banyak persoalan mengenai perubahan amfibia-reptilia tanpa jawapan.3
Hakikat sama diakui ahli paleontologi evolusionis iaitu Stephen Jay Gould dari Universiti Harvard:
“No fossil amphibian seems clearly ancestral to the lineage of fully terrestrial vertebrates (reptiles, birds, and mammals).”4 (See The movement from water to land.)

"Nampaknya jelas tiada fosil amfibia yang merupakan moyang kepada keturunan vertebrata daratan (reptilia, burung, dan mamalia)"4 (Lihat Pergerakan dari air ke tanah.)

1 Robert L. Carroll (1988), Vertebrate Paleontology and Evolution, New York: W. H. Freeman and Co., hal. 304.
2 Edwin H. Colbert & M. Morales (1991), Evolution of the Vertebrates, New York: John Wiley and Sons, hal. 99.
3 Robert L. Carroll, “Problems of the Origin of Reptiles”, Biological Reviews of the Cambridge Philosophical Society, Vol. 44. hal. 393.
4 Stephen Jay Gould (1991), “Eight (or Fewer) Little Piggies”, Natural History, No. 1, Jan 1991, Vol. 100, hal. 25.

Tiada ulasan:

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here