Cro-Magnon Man: Manusia Otak Besar - Kamus Evolusi

Kamus Evolusi

Bongkar Rahsia Evolusi

test banner

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Selasa, 18 Disember 2012

Cro-Magnon Man: Manusia Otak Besar

Pengelasan Cro-Magnon telah diberi kepada satu bangsa Eropah yang dianggarkan hidup sekitar 30,000 tahun lalu. Mereka mempunyai tengkorak berbentuk kubah dan dahi yang luas. Tengkorak mereka yang berukuran 1,600 sentimeter padu sebenarnya lebih besar berbanding saiz tengkorak biasa manusia moden. Memandangkan penonjolan kening yang tebal pada tengkoraknya dan satu lagi sembulan bertulang di belakang kepala, Cro-Magnon Man telah diusulkan sebagai satu bentuk peralihan.

Namun demikian, isipadu dan struktur tengkorak manusia Cro-Magnon adalah amat serupa dengan tengkorak manusia moden di Afrika dan kawasan beriklim tropika. Berdasarkan persamaan ini, Cro-Magnon dianggap sebagai satu bangsa manusia purba yang berasal dari Afrika. Beberapa penemuan paleontologi lainnya menunjukkan bahawa manusia Cro-Magnon dan Neanderthal telah berkahwin lalu membentuk asas kepada bangsa-bangsa tertentu yang hidup pada masa kini. Di samping itu, disepakati bahawa kumpulan etnik yang menyerupai Cro-Magnon Man masih hidup hari ini di pelbagai wilayah Afrika dan beberapa wilayah Perancis seperti Salute dan Dordogne. Manusia dengan karakteristik yang sama turut ditemui di Poland dan Hungary.
Tengkorak Manusia Co-Magnon
Semua ini menunjukkan bahawa Cro-Magnon bukanlah jalur keturunan evolusi manusia masa kini sepertimana yang dikatakan oleh golongan evolusionis. Perbezaan antara tinggalan fosil dan bangsa Eropah moden tidak lebih daripada sekadar perbezaan antara orang Eskimo dan orang Afrika atau antara orang kerdil dan orang Eropah. Kesimpulannya, Cro-Magnon melambangkan satu bangsa manusia berbeza yang sama ada pupus atau berasimilasi melalui perkahwinan dengan kaum-kaum lain.

Tiada ulasan:

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here