Peralihan dari Laut ke Darat - Kamus Evolusi

Kamus Evolusi

Bongkar Rahsia Evolusi

test banner

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Selasa, 16 Oktober 2012

Peralihan dari Laut ke Darat


Menurut teori evolusi, kehidupan bermula di laut, dan haiwan vertebrata pertama ialah ikan. Menurut teori itu lagi, ikan-ikan ini mula bergerak ke arah permukaan kering dan dalam beberapa cara, tiba-tiba menggunakan kaki dan paru-paru sebagai ganti sirip dan insang!

Banyak buku mengenai evolusi tidak pernah mempertimbangkan aspek ‘bagaimana’ berkaitan tuntutan besar ini, yang kebohongannya sering dikaburi dalam kebanyakan buku teks saintifik dengan ringkasan seperti "... dan benda-benda hidup berpindah dari air ke tanah kering."

Jika seekor ikan yang keluar dari air ke atas permukaan kering tidak dapat bertahan lebih daripada satu atau dua minit, maka mana-mana ikan lain yang berbuat demikian juga akan mati dalam masa beberapa minit. Sekalipun haiwan ini terus mencuba selama jutaan tahun, hasilnya tetap sama: Semua ikan tersebut akan mati. Tiada organ sekompleks paru-paru yang dapat muncul tiba-tiba melalui mutasi. Malah sebelah paru-paru juga tidak akan berguna sama sekali.

Dakwaan bahawa ikan ialah leluhur hidupan daratan adalah bertentangan sepenuhnya dengan semua penemuan fosil dan kajian fisiologi. Jurang anatomi dan fisiologi yang amat besar antara haiwan marin dan daratan tidak mungkin dapat dihubungkan melalui evolusi yang berlandaskan kebetulan semata-mata. Antara perbezaan yang paling ketara ialah:

1) Berat: Hidupan marin tidak menghadapi masalah sokongan berat badan sendiri, jadi struktur tubuhnya tidak ditumpukan pada fungsi tersebut. Namun, makhluk daratan perlu mengerahkan 40% tenaga mereka hanya untuk pergerakan. Mana-mana hidupan marin yang ingin melangkah ke daratan kering perlu mengembangkan otot-otot dan satu struktur rangka yang baru untuk memenuhi keperluan itu – tetapi struktur kompleks sedemikian mustahil untuk terbentuk melalui mutasi rawak.

Golongan evolusionis membayangkan ikan Coelacanth dan ikan lain yang seumpamanya sebagai nenek moyang hidupan daratan kerana sifat tulang siripnya. Mereka menganggap bahawa tulang-tulang tersebut berkembang secara beransur-ansur menjadi kaki yang berat. Namun tulang pada sirip ikan tidak bersambung dengan tulang belakangnya sebagaimana yang terdapat pada kaki hidupan daratan. Ini bermakna ia tidak dapat melakukan fungsi menyokong berat, sepertimana yang dilakukan oleh tulang kaki hidupan daratan. Justeru itu, dakwaan bahawa sirip-sirip ikan berkembang menjadi kaki adalah tidak berasas sama sekali.

2) Perlindungan haba: Di darat, suhu dapat berubah dengan kadar yang sangat cepat dan dalam lingkungan yang luas. Metabolisme haiwan daratan membolehkannya untuk menyesuaikan diri dengan perubahan suhu ini. Walau bagaimanapun, suhu di dalam laut bertukar dengan amat perlahan, dan tidak meluas sepertimana di darat. Makhluk yang sudah terbiasa dengan laut dan suhunya memerlukan satu sistem perlindungan yang bersesuaian dengan perubahan suhu daratan. Tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa ikan mendapat sistem sedemikian melalui mutasi rawak sebaik sahaja mereka naik ke daratan.

3) Penggunaan air: Air adalah keperluan penting untuk benda hidup, dan ketersediaannya adalah terhad di kawasan darat. Oleh yang demikian, air dan kelembapan hendaklah digunakan secara ekonomik. Misalannya, kulit mesti menghalang kehilangan air dan penyejatan, dan penghuni daratan seharusnya merasa dahaga apabila mereka memerlukan air. Namun, hidupan marin tiada rasa dahaga dan kulitnya tidak sesuai untuk persekitaran yang kering.

4) Buah pinggang: Disebabkan limpahan air dalam persekitaran mereka, makhluk marin dapat menapis dan menyingkirkan bahan buangan badan mereka dengan segera, terutamanya ammonia. Tetapi, penggunaan air di darat mestilah pada tahap minimum. Itulah sebabnya hidupan darat mempunyai buah pinggang, di mana ammonia ditapis keluar sebagai urea dan disimpan di dalam pundi kencing, dan sejumlah air digunakan secara minimum apabila ia dibuang. Tambahan pula, terdapat keperluan untuk sistem baru yang membolehkan buah pinggang berfungsi. Untuk beralih dari air ke darat, makhluk tanpa buah pinggang perlu mewujudkannya dengan segera.

5) Sistem pernafasan: Ikan menghirup oksigen yang terlarut dalam air melalui insang. Namun, mereka tidak mampu bertahan lebih daripada beberapa minit di luar air. Untuk hidup di daratan kering, mereka perlu mempunyai sistem paru-paru.

Tentunya mustahil untuk kesemua perubahan fisiologi ini berlaku secara kebetulan pada masa yang sama. Menurut senario evolusionis, ikan pada mulanya berkembang menjadi amfibia. Namun tiada bukti untuk senario itu. Tiada satupun fosil yang pernah ditemui menunjukkan kewujudan makhluk separa ikan dan separa amfibia.
Pembohongan peralihan ikan air laut ke darat
Senario "peralihan dari air ke darat" yang banyak digambarkan dalam ilustrasi khayalan seperti dalam gambar di atas adalah berdasarkan logik pemikiran pendokong Lamarckist dan bahkan bertentangan dengan hipotesis teori evolusi itu sendiri.
Robert L. Carroll, seorang evolusionis terkenal dan pengarang Vertebrate Paleontology and Evolution mengakui perkara ini dengan berat hati:
"We have no intermediate fossils between rhipidistian fish and early amphibians."1

"Kita tiada fosil peralihan antara ikan rhipidistian dan amfibia awal."1 (Lihat Amfibia
Seorang ahli paleontologi evolusionis iaitu Barbara J. Stahl menulis sebuah buku yang berjudul Vertebrate History: Problems in Evolution, di mana beliau menyatakan:
Although the relationship of the rhipidistians to the amphibians will be discussed in greater detail in the next chapter, it should be said here that none of the known fishes is thought to be directly ancestral to the earliest land vertebrates. Most of them lived after the first amphibians appeared, and those that came before show no evidence of developing the stout limbs and ribs that characterized the primitive tetrapods.2

Walaupun hubungan antara ikan rhipidistians dan amfibia akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam bab berikutnya, perlu dinyatakan di sini bahawa tiada ikan yang dapat dianggap sebagai leluhur vertebrata darat terawal. Kebanyakan mereka hidup selepas kemunculan amfibia pertama, dan hidupan yang datang sebelum ini menunjukkan tiada bukti perkembangan anggota badan dan rusuk tegap yang menyifatkan tetrapods primitif.2

1 R. L. Carroll, Vertebrate Paleontology and Evolution, New York: W. H. Freeman and Co., 1988, hal. 4.
2 Barbara J. Stahl, Vertebrate History: Problems in Evolution, Dover, 1985. hal. 148.

Tiada ulasan:

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here