Ahli biologi mengelaskan benda hidup kepada beberapa kumpulan berlainan. Pengelasan yang dikenali sebagai taksonomi biologi atau biologi sistematik ini merangkumi pelbagai kategori yang berhierarki.
Benda hidup pada mulanya dibahagikan ke dalam alam (kingdom) seperti alam tumbuhan dan haiwan, yang seterusnya dipecahkan kepada filum.
Dalam menentukan filum-filum berkenaan, semua bentuk asas tubuh yang berlainan dikenalpasti. Misalannya, arthropoda atau arthropods (kaki bersendi) ialah satu filum yang khusus, dan semua spesis di dalamnya memiliki satu pelan tubuh yang serupa. Filum yang dikenali sebagai kordata (chordata) mengandungi semua spesis yang memiliki satu sistem saraf berpusat. Semua haiwan biasa yang kita kenali seperti ikan, burung, reptilia dan mamalia menggambarkan satu bahagian filum kordata iaitu vertebrata.

Terdapat kategori yang sangat berlainan di kalangan filum haiwan – filum moluska iaitu haiwan tanpa tulang seperti sotong gurita dan filum nematod seperti cacing gelang. Kategori lain di bawah filum secara amnya mempunyai pelan tubuh yang sama, namun filum secara keseluruhannya adalah berbeza di antara satu sama lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan