Ikan Coelacanth - Kamus Evolusi

Kamus Evolusi

Bongkar Rahsia Evolusi

test banner

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Sabtu, 8 Disember 2012

Ikan Coelacanth

Ikan Coelacanth adalah spesies yang pernah ditonjolkan sebagai bukti bagi tesis ‘peralihan dari air ke darat’ vertebrata. Fosil Coelacanth dahulunya dianggap bukti bentuk perantaraan antara ikan dan amfibia. Berdasarkan tinggalan fosil makhluk berkenaan, ahli biologi evolusionis mengusulkan bahawa ia mengandungi peparu primitif (dan belum berfungsi sepenuhnya) di dalam badan.

Organ ini dijelaskan dalam banyak sumber saintifik. Malah pelbagai lukisan diterbitkan demi menunjukkan pergerakan Coelacanth dari laut ke darat.

Namun pada 22 Disember 1938, satu penemuan penting telah dibuat di Lautan Hindi. Seekor ikan daripada golongan Latimeria, ahli kepada spesies Coelacanth yang digambarkan telah pupus sejak 70 juta tahun lalu, telah ditangkap di lautan terbuka! Penemuan Coelacanth hidup pastinya menjadi satu kejutan besar kepada pihak evolusionis. Ahli paleontologi evolusionis bernama J. L. B. Smith menyatakan bahawa beliau tidak mungkin lebih terkejut andai bertemu dinosaur di jalanan.1 Pada tahun-tahun berikutnya, lebih daripada 200 ikan Coelacanth telah ditangkap di pelbagai kawasan laut.

Apabila sekumpulan pertama ikan ini diperiksa, didapati bahawa spekulasi mengenai ikan Ceolacanth adalah tidak berasas sama sekali. Bertentangan dengan tuntutan yang telah dibuat, ikan Coelacanth tiada paru-paru primitif atau otak yang besar. Struktur yang selama ini dipercayai sebagai peparu primitif Coelacanth oleh pengkaji evolusionis ternyata hanyalah satu kantung minyak di dalam badannya.2 Selain itu, turut disedari bahawa bakal amfibia yang bersedia untuk berpindah ke daratan ini sebenarnya tinggal di laut dalam dan jarang sekali timbul melepasi 180 meter (590 kaki).3
Contoh gambaran artis terhadap ikan coelacanth.
Berhubung dengan berita ini, populariti Coelacanth dalam penerbitan evolusionis tiba-tiba pudar. Seorang ahli paleontologi evolusionis bernama Peter L. Forey membuat pengakuan ini dalam sebuah artikel majalah Nature:
The discovery of [living specimen of] Latimeria raised hopes of gathering direct information on the transition of fish to amphibians, for there was then a long-held belief that coelacanths were close to the ancestry of tetrapods. . . .But studies of the anatomy and physiology of Latimeria have found this theory of relationship to be wanting and the living coelacanth’s reputation as a missing link seems unjustified.4

Penemuan [spesimen hidup] Latimeria menaikkan harapan untuk mengumpul maklumat langsung tentang peralihan ikan kepada amfibia, kerana selama ini dipercayai bahawa coelacanth dekat dengan jalur keturunan tetrapods... Namun kajian anatomi dan fisiologi terhadap Latimeria telah mendapati teori perkaitan antara kemahuan dan reputasi Coelacanth hidup sebagai satu rantaian yang hilang nampaknya tidak wajar.4
Sebagaimana yang ditunjukkan oleh pengakuan beliau, bentuk peralihan antara ikan dan amfibia tidak pernah wujud. Ikan Coelacanth, satu-satunya bentuk peralihan yang paling disokong oleh golongan evolusionis tidak lain hanyalah sejenis ikan hidup yang tiada kaitan apapun dengan evolusi.
Sirip bertulang ikan coelacanth tidak bersambung dengan tulang belakangnya, sebaliknya tulang kaki haiwan daratan Ichthyostega pula melekat pada tuang belakang.
Sirip bertulang merupakan faktor asas yang menyebabkan evolusionis membayangkan ikan coelacanth dan seumpamanya sebagai ‘moyang haiwan daratan’. Mereka merasa bahawa sirip berkenaan bertukar menjadi kaki secara beransur-ansur. Namun demikian, terdapat perbezaan ketara antara tulang ikan dan kaki haiwan daratan seperti Ichthyostega. Sebagaimana yang ditunjukkan dalam Gambar 1, tulang coelacanth tidak bersambung dengan tulang belakangnya tetapi tulang kaki Ichthyostega melekat pada tulang belakang seperti dalam Gambar 2. Justeru, tuntutan bahawa sirip-sirip ini berubah menjadi kaki secara perlahan-lahan adalah tidak berasas. Tambahan pula, struktur tulang pada sirip coelacanth amat berlainan daripada struktur tulang kaki Ichthyostega, seperti dalam Gambar 3 dan 4.

Di waktu mereka cuma mempunyai fosil-fosil coelacanth, ahli paleontologi evolusionis mengetengahkan beberapa andaian Darwinis berkenaan ikan tersebut. Namun apabila sampel hidup telah ditemui, semua andaian mereka hancur berkecai. Gambar di bawah merupakan contoh ikan coelacanth hidup. Gambar di sebelah kanan adalah spesimen terbaru ikan coelacanth yang ditemui di Indonesia pada tahun 1998.
Spesimen hidup dan fosil ikan ceolacanth yang masih hidup sehingga ke hari ini membuatkan para evolusionis terbungkam.


1 Jean-Jacques Hublin, The Hamlyn Encyclopaedia of Prehistoric Animals, New York : The Hamlyn Publishing Group Ltd., 1984, hal. 120.
2 Jacques Millot, “The CCFlacanth,” Scientific American, Disember 1955, No. 193, hal. 39.
3 http://www.cnn.com/TECH/science/9809/23/living.fossil/index.php.
4 Peter L. Forey, “Golden jubilee for the coelacanth Latimeria chalumnae,” Nature, Jilid 336, 1988. hal. 729.

Tiada ulasan:

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here