Golongan Darwinis pada hari ini kebanyakannya mendakwa bahawa Charles Darwin sebenarnya bukan seorang yang rasis, namun gagasan beliau telah disalah tafsir oleh kumpulan rasis demi kepentingan sendiri. Mereka berkeras bahawa tajuk kecil "melalui Pemeliharaan Bangsa Pilihan" dalam buku The Origin of Species hanya merujuk kepada haiwan semata-mata.
Walau bagaimanapun, pihak yang membuat tuntutan sedemikian mengabaikan kenyataan sebenar Darwin berkenaan bangsa manusia di dalam bukunya yang bertajuk The Descent of Man.
Menurut pandangan yang digariskan Darwin di dalam buku itu, bangsa manusia yang berbeza-beza menggambarkan peringkat evolusi yang berlainan di mana perkembangan sebahagian bangsa lebih jauh dan maju. Sebaliknya, sesetengah bangsa pula di tahap yang sama dengan beruk.
Darwin mencadangkan bahawa perjuangan untuk hidup juga berlaku ke atas bangsa-bangsa manusia (lihat Perjuangan Hidup). Sepanjang perjuangan itu, bangsa yang terpilih akan menang. Menurut Darwin, bangsa terpilih yang dimaksudkan ialah bangsa berkulit putih Eropah. Di satu sisi lain, bangsa Asia dan Afrika jauh ketinggalan dalam perjuangan hidup yang berlaku di dunia. Darwin menambah dan menyatakan bahawa tidak lama lagi bangsa-bangsa ini akan kehilangan daya perjuangan sepenuhnya dan akan dihapuskan sama sekali:
Menurut fahaman rasis Darwin, tanggungjawab setiap manusia bertamadun adalah untuk mempercepat proses evolusi ini. Itu bermakna tiada lagi alasan saintifik untuk bangsa-bangsa yang mundur tidak dihapuskan segera!
Sisi perkauman Darwin tergambar melalui beberapa penulisan dan analisis beliau. Pada tahun 1871 misalannya, beliau menjelaskan pra-andaian rasisnya berkenaan orang asli Tierra del Fuego yang dilihat semasa pelayaran jauhnya dengan Beagle. Beliau menggambarkan mereka sebagai "bertelanjang, berlumuran warna, makan apa yang didapati seperti haiwan liar, tidak terkawal, ganas terhadap semua orang luar, suka menyeksa musuh, melakukan upacara pengorbanan berdarah, membunuh anak-anak, menyeksa golongan isteri, penuh dengan amalan karut.3
Namun penyelidik W.P. Snow yang telah melawat rantau sama sepuluh tahun lebih awal menyifatkan mereka seperti:
Tambahan pula, teori Darwin menafikan kewujudan Tuhan yang mengakibatkan pengabaian hakikat bahawa manusia adalah satu entiti yang diciptakan oleh Tuhan dan semua manusia dicipta sama rata.
Ini merupakan satu lagi faktor yang mempercepatkan peningkatan perkauman dan penerimaannya di seluruh dunia. Saintis Amerika bernama James Ferguson menyatakan bahawa terdapat hubungan langsung antara penolakan penciptaan dan kebangkitan perkauman:
Stephen Jay Gould turut menyatakan bahawa sesetengah ahli antropologi menyelewengkan fakta demi menonjolkan keunggulan bangsa kulit putih. Menurut Gould, selalunya mereka akan menyeleweng hal berkaitan saiz otak tengkorak yang ditemui. Gould menjelaskan dalam satu buku mengenai sebilangan besar ahli antropologi yang percaya bahawa saiz otak dan kecerdasan mempunyai hubungan langsung. Meskipun tiada kriteria yang tepat, mereka sengaja membesar-besarkan saiz otak bangsa Kaukasia khususnya dan menggambarkan otak mereka sebagai lebih besar daripada orang-orang kulit hitam dan orang asli Amerika.8 Gould menggariskan beberapa tuntutan luar biasa yang dibuat oleh Darwinis demi merendah-rendahkan kaum tertentu:
Secara ringkasnya, aspek perkauman teori Darwin mula subur dalam separuh kedua abad ke-19, apabila bangsa kulit putih Eropah mengharapkan teori sedemikian untuk menghalalkan jenayah mereka sendiri.
1 Charles Darwin, The Descent of Man, Edisi Ke-2, New York: A L. Burt Co., 1874, hal. 178.
2 Ibid., hal. 171.
3 Ibid.
4 W. Parker Snow, “A Few Remarks on the Wild Tribes of Tierra del Fuego from Personal Observation,” Transactions of the Ethnological Society of London, Jilid 1, 1861 (1861), hal. 261-267.
5 Benjamin Farrington, What Darwin Really Said, London: Sphere Books, 1971, hal. 54-56.
6 James Ferguson, “The Laboratory of Racism,” New Scientist, Jilid 103, 27 September 1984, hal. 18.
7 Lalita Prasad Vidyarthi, Racism, Science and Pseudo-Science, Unesco, France, France, Vendôme, 1983, hal. 54.
8 Rebekah E. Sutherland, “Social Darwinism,” http://www.rebsutherland.com/SocialDarwinism.htm.
9 Stephen Jay Gould, Ever Since Darwin, New York: W. W. Norton & Company, 1992, hal. 217-218.

Pada suatu ketika nanti, tidak berapa lama lagi, bangsa bertamadun manusia hampir pasti akan menghapus dan menggantikan bangsa primitif di seluruh dunia. Pada masa yang sama, beruk anthropomorphous... pasti akan dihapuskan. Jurang perbezaan di antara manusia dengan sekutu rapatnya akan bertambah luas kerana akan melibatkan campur tangan di antara manusia yang lebih bertamadun dengan beruk sehina babun sebagaimana yang kita harapkan, malah lebih maju berbanding bangsa Kaukasia, berbanding sekarang di antara orang negro atau Australia dengan gorila.1Dalam satu bab lain The Descent of Man, Darwin mendakwa bahawa bangsa-bangsa yang lemah akan pupus, serta manusia yang maju tidak perlu melindungi dan memastikan kelangsungan hidup golongan yang lemah. Beliau membandingkan keadaan ini dengan penternak haiwan:
Dengan keganasan, yang lemah dari segi fizikal dan minda akan dihapuskan; dan mereka yang selamat selalunya menunjukkan tahap kesihatan yang hebat. Sebaliknya, kita sebagai bangsa yang bertamadun telah berusaha untuk memeriksa proses penyingkiran; kita bina kem-kem tahanan untuk mereka yang bodoh, cacat dan sakit; kita mengadakan undang-undang kemiskinan; dan para pakar perubatan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan nyawa setiap orang sehingga ke saat-saat akhir. … Jadi golongan yang lemah daripada masyarakat bertamadun menyebarkan jenis mereka. Siapapun yang telah mengusahakan penternakan haiwan domestik pasti yakin bahawa ia akan mendatangkan mudarat yang tinggi kepada bangsa manusia.2Selaras dengan kenyataan-kenyataan itu, Darwin menganggap orang asli Australia dan orang kulit hitam setaraf dengan gorila serta menegaskan bahawa mereka akhirnya akan pupus. Beliau turut menyokong keperluan untuk mencegah kaum lain yang dianggap lemah daripada terus membiak, dan dengan itu mereka perlu dihapuskan. Jadi Darwin bersetuju dan mewajarkan amalan perkauman dan diskriminasi yang masih dapat dilihat pada masa kini.
Menurut fahaman rasis Darwin, tanggungjawab setiap manusia bertamadun adalah untuk mempercepat proses evolusi ini. Itu bermakna tiada lagi alasan saintifik untuk bangsa-bangsa yang mundur tidak dihapuskan segera!
Sisi perkauman Darwin tergambar melalui beberapa penulisan dan analisis beliau. Pada tahun 1871 misalannya, beliau menjelaskan pra-andaian rasisnya berkenaan orang asli Tierra del Fuego yang dilihat semasa pelayaran jauhnya dengan Beagle. Beliau menggambarkan mereka sebagai "bertelanjang, berlumuran warna, makan apa yang didapati seperti haiwan liar, tidak terkawal, ganas terhadap semua orang luar, suka menyeksa musuh, melakukan upacara pengorbanan berdarah, membunuh anak-anak, menyeksa golongan isteri, penuh dengan amalan karut.3
Namun penyelidik W.P. Snow yang telah melawat rantau sama sepuluh tahun lebih awal menyifatkan mereka seperti:
“kelihatan gagah dan kuat, menyayangi anak-anak mereka, mempunyai kraftangan yang berdaya cipta, memiliki pendapat mengenai pemilikan barangan persendirian dan menerima kekuasaan wanita yang lebih tua dalam masyarakat.4Daripada contoh-contoh di atas, jelas bahawa Darwin ialah seorang yang bersifat perkauman. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Benjamin Farrington, pengarang buku What Darwin Really Said: "Darwin membuat banyak ulasan tentang "ketidaksamaan yang ketara di kalangan bangsa-bangsa manusia" dalam Descent of Man."5
Tambahan pula, teori Darwin menafikan kewujudan Tuhan yang mengakibatkan pengabaian hakikat bahawa manusia adalah satu entiti yang diciptakan oleh Tuhan dan semua manusia dicipta sama rata.
Ini merupakan satu lagi faktor yang mempercepatkan peningkatan perkauman dan penerimaannya di seluruh dunia. Saintis Amerika bernama James Ferguson menyatakan bahawa terdapat hubungan langsung antara penolakan penciptaan dan kebangkitan perkauman:
Antropologi moden akan menjadi latar belakang teori antara dua pemikiran bertentangan mengenai asal-usul manusia. Aliran yang lebih tua dan mantap ialah 'monogenisme' yang meyakini bahawa semua manusia tanpa mengira warna kulit dan ciri-ciri lain berasal dari Adam dan diciptakan oleh Tuhan. Monogenisme telah disebarkan oleh gereja dan telah diterima dengan meluas sehingga abad ke-19, apabila penentang kepada kekuasaan teologi mula menyemarakkan teori 'poligenisme', (teori evolusi) yang mendakwa bahawa komuniti kaum yang berlainan mempunyai asal-usul yang berbeza.6Ahli antropologi India, Lalita Vidyarthi menerangkan cara teori evolusi Darwin menyuntik rasisme dalam bidang sains sosial:
Teori beliau (Darwin) mengenai kelangsungan hidup golongan terkuat amat diterima di kalangan saintis sosial pada masa itu, dan mereka percaya bahawa manusia telah mencapai pelbagai tingkatan evolusi yang memuncak semasa ketamadunan bangsa berkulit putih. Menjelang separuh kedua abad ke-19, rasisme telah diterima sebagai fakta oleh majoriti saintis Barat.7Ramai pendokong Darwinis selepas Darwin cuba membuktikan fahaman rasis beliau. Mereka tanpa ragu-ragu melakukan penyelewengan dan penipuan saintifik demi mencapai tujuan tersebut. Mereka menyangka bahawa dengan membuktikan keunggulan sendiri, mereka secara saintifik berjaya menunjukkan keunggulan dan hak untuk menindas, mengeksploit, bahkan memusnahkan bangsa lain sekiranya perlu.
Stephen Jay Gould turut menyatakan bahawa sesetengah ahli antropologi menyelewengkan fakta demi menonjolkan keunggulan bangsa kulit putih. Menurut Gould, selalunya mereka akan menyeleweng hal berkaitan saiz otak tengkorak yang ditemui. Gould menjelaskan dalam satu buku mengenai sebilangan besar ahli antropologi yang percaya bahawa saiz otak dan kecerdasan mempunyai hubungan langsung. Meskipun tiada kriteria yang tepat, mereka sengaja membesar-besarkan saiz otak bangsa Kaukasia khususnya dan menggambarkan otak mereka sebagai lebih besar daripada orang-orang kulit hitam dan orang asli Amerika.8 Gould menggariskan beberapa tuntutan luar biasa yang dibuat oleh Darwinis demi merendah-rendahkan kaum tertentu:
Haeckel dan rakan-rakannya juga membangkitkan rekapitulasi (teori yang kononnya pengulangan proses evolusi semasa pertumbuhan individu] untuk mengukuhkan keunggulan bangsa kulit putih Eropah Utara. Mereka menyelidiki bukti anatomi dan tingkah laku manusia dengan menggunakan segala apa yang mereka dapat dari otak sehinggalah ke pusat. Herbert Spencer menulis bahawa “ciri-ciri intelektual golongan yang tidak bertamadun adalah ciri-ciri yang berulang dalam diri bangsa bertamadun.” Carl Vogt menyatakan hal ini dengan lebh tegas pada tahun 1864: “Dari segi fakulti inteleknya, Negro dewasa adalah sama dengan kanak-kanak”... Sesetengah suku telah mengasaskan negeri, memiliki organisasi yang pelik, namun selainnya, kami berani menyatakan bahawa keseluruhan kaumnya, sama ada dahulu atau sekarang, tidak melakukan apa-apa yang menjurus ke arah pembangunan manusia atau layak dipelihara.9Dalam tulisannya bertajuk Race et Milieu Social Essais d’Anthroposociologie, ahli antropologi evolusionis berbangsa Perancis bernama Vacher de Lapouge mengetengahkan pandangan bahawa bangsa-bangsa yang bukan berkulit putih adalah keturunan manusia liar yang gagal menyesuaikan diri dengan tamadun, atau kelas masyarakat yang darahnya rosak. Beliau membuat keputusan tersebut berdasarkan ukuran tengkorak golongan atasan dan bawahan di perkuburan masyarakat Paris. Menurut keputusan ini, tengkorak manusia ditentukan sama ada mereka akan menjadi kaya, yakin pada diri sendiri dan memilih kebebasan, manakala selainnya adalah konservatif, cepat berpuas hati dan layak dijadikan hamba. Kelas-kelas adalah produk pembahagian sosial. Kelas-kelas atasan disamakan dengan bangsa yang maju, dan tingkat kekayaan adalah berkadaran terus dengan isipadu tengkorak.
Secara ringkasnya, aspek perkauman teori Darwin mula subur dalam separuh kedua abad ke-19, apabila bangsa kulit putih Eropah mengharapkan teori sedemikian untuk menghalalkan jenayah mereka sendiri.
1 Charles Darwin, The Descent of Man, Edisi Ke-2, New York: A L. Burt Co., 1874, hal. 178.
2 Ibid., hal. 171.
3 Ibid.
4 W. Parker Snow, “A Few Remarks on the Wild Tribes of Tierra del Fuego from Personal Observation,” Transactions of the Ethnological Society of London, Jilid 1, 1861 (1861), hal. 261-267.
5 Benjamin Farrington, What Darwin Really Said, London: Sphere Books, 1971, hal. 54-56.
6 James Ferguson, “The Laboratory of Racism,” New Scientist, Jilid 103, 27 September 1984, hal. 18.
7 Lalita Prasad Vidyarthi, Racism, Science and Pseudo-Science, Unesco, France, France, Vendôme, 1983, hal. 54.
8 Rebekah E. Sutherland, “Social Darwinism,” http://www.rebsutherland.com/SocialDarwinism.htm.
9 Stephen Jay Gould, Ever Since Darwin, New York: W. W. Norton & Company, 1992, hal. 217-218.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan