Fosil tulang rahang ini ditemui pada tahun 1994 di Hadar, Ethiopia bersama dengan fosil Australopithecus afarensis. Fosil berkenaan dianggarkan berusia 2.3 juta tahun dan menunjukkan karakteristik milik Homo sapiens, spesies manusia yang hidup pada hari ini.
Struktur rahang fosil AL 666-1 ini agak berlainan daripada fosil rahang Australopithecus afarensis dan rahang Homo Habilis berusia 1.75 juta tahun yang dijumpai bersamanya. Tulang rahang kedua-dua spesies tersebut adalah serupa dengan tulang rahang beruk moden yang sempit dan bersudut empat. Namun fosil AL 666-1 mempunyai struktur rahang yang serupa dengan rahang manusia moden. Golongan evolusionis agak keberatan untuk menerima hakikat bahawa fosil AL 666-1 telah digolongkan dalam genus Homo (manusia). Ini kerana usia fosil ini dianggarkan berumur 2.3 juta tahun yakni lebih awal daripada usia penerimaan genus Homo secara keseluruhannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan