Nebraska Man: Manusia Khayalan Evolusionis - Kamus Evolusi

Kamus Evolusi

Bongkar Rahsia Evolusi

test banner

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Sabtu, 22 September 2012

Nebraska Man: Manusia Khayalan Evolusionis

Pada tahun 1922, seorang pengarah American Museum of Natural History bernama Henry Fairfield Osborn mengumumkan telah menemui sebatang gigi geraham zaman Pliocene berhampiran Snake Valley di Nebraska yang memiliki ciri-ciri gigi manusia dan beruk. Tidak lama kemudian, satu perbahasan saintifik yang hangat berkaitan subjek tersebut pun tercetus. Sebahagian orang menganggap gigi ini kepunyaan Pithecanthropus erectus, manakala yang lain berpendapat ianya seakan gigi manusia. Fosil ini telah diberi gelaran popular Nebraska Man ataupun nama saintifiknya Hesperopithecus haroldcookii.

Berdasarkan sebatang gigi ini, tengkorak dan tubuh manusia Nebraska dibina semula mengikut pengertian artis. Bahkan pelbagai gambaran manusia Nebraska diterbitkan dalam habitat semulajadinya bersama isteri dan anaknya. Keseluruhan senario ini bertunjangkan pada sebatang gigi semata-mata. Para evolusionis terlalu percayakan hominid tidak berasas ini sehinggakan apabila seorang pengkaji bernama William Bryan menimbulkan keraguan pada pegangan yang disandarkan pada sebatang gigi ini, ia mencetuskan kemarahan yang paling dahsyat.
Gambaran di atas yang dibina berdasarkan pada sebatang gigi, telah diterbitkan dalam Illustrated London News edisi 24 Jun 1922. Namun tidak lama selepas itu, didapati bahawa gigi tersebut sebenarnya kepunyaan satu spesies babi hutan yang pupus, dan bukannya milik makhluk seperti beruk atau manusia. Ini memberi satu kekecewaan yang besar kepada golongan evolusionis.
Walau bagaimanapun, bahagian lain tulang rangka telah ditemui pada tahun 1927. Berdasarkan tinggalan ini, gigi berkenaan dipercayai bukan milik beruk atau manusia, tetapi kepunyaan sejenis babi liar Amerika yang pupus dikenali sebagai prosthennops. Majalah Science melaporkan perkara ini di bawah tajuk Hesperopithecus Apparently Not an Ape Nor a Man.1

Akibatnya, semua gambar Hesperopithecus haroldcookii dengan pantas dikeluarkan daripada penulisan.

1.    W. K. Gregory, Hesperopithecus Apparently Not An Ape Nor A Man, Science, Vol. 66, hal. 579.

Sumber: http://www.harunyahya.com/en/works/16490/Nebraska-Man-Fraud-The

Tiada ulasan:

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here